Rabu, 20 September 2023

Berita Ringkas 

Oleh. Koijul Hairol

SUMPAH MENCURI BUAH 

Sana sini berlaku mencuri buah durian namun jarang nampak sampai meletak notis seumpama dipintu utama masuk kebun mereka.

Pelbagai ragam manusia bagi meluahkan rasa keciwa terhadap para pencuri buah mereka sehingga mempamerkan notis (dalam gambar) dengan harapan pencuri akan menghentikan kegiatan mereka.

Apapun hanya pemilik notis ini sahaja yang tahu benarkah pencuri sudah tidak lagi mencuri kebun mereka masa kini, malah tidak seorang pun yang mengetahui sejauh manakah perilaku pencuri berkenaan didalam kebun pemilik notis berkenaan.


Oleh. Basron Kirwan

ISU PENCEROBOHAN PERKAMPUNGAN PERLU DITELITI 

Kuala Lumpur. Masaalah pencerobohan tanah perkampungan diseluruh negara harus dikaji lebih terperinci demi kepentingan penduduk kampung yang melebihi 40 tahun.

Semua perusahaan pertanian, perindustrian, penternakan yang dilakukan dalam kawasan berhampiran tanah perkampungan wajar diteliti terlebih dahulu agar orang kampung tidak teraniya didalam isu kediaman masa depan generasi mereka sebagai rakyat Malaysia. 

Apapun kepentingan didalam pelbagai perusahaan yang dilaksanakan kediaman jangkamasa panjang generasi rakyat Malaysia perlu diutamakan terutama mereka yang berkampung lebih 40 tahun dalam setiap kawasaan. 

Sebaliknya jangan sesekali sebilangan warga Malaysia mendabik dada bagi berusaha menceroboh tanah geran orang yang lama namun masih terbiar akibat kesibukan pemiliknya apa tak lagi jika belum memiliki jalan raya dikawasan tersebut.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan