Sabtu, 23 September 2023

DUN PELANGAI MILIK SIAPA? 

Oleh. Basron Kirwan

Pahang. Pilihan Raya Dun Pelangai menjadi ujian rakyat setempat memilih wakil rakyat mereka yang benar benar memahami segala masaalah penduduk khususnya golongan bukan kakitangan kerajaan.

Dalam konteks pemilihan ini seluruh warga setempat perlu menggunakan minda 

mereka sendiri bagi memilih wakil rakyat mereka yang benar benar memahami kehidupan mereka sepanjang masa dan bukan menjelang hari pengundian sahaja. 

Pandangan aktivis penduduk setempat bagi mengulas pertembungan tiga penjuru di Dun Pelangai melibatkan tiga calon yang bertanding, BN/PH Datuk Amizar Abu Adam, BEBAS Haslihelmy  DM Zulhasli dan PN/PAS Kasim Samat
dengan jumlah pengundi lebih 16,000 orang.

Kerusi Dun tersebut merupakan milik BN  UMNO dengan keyakinan rakyat kepimpinan parti tersebut namun ianya bukan sandaran kemenangan mutlak bagi golongan pengundi muda mudi masa kini.b

Menurut sunber rakyat setempat, golongan muda mudi sukar diramal berikutan minda mereka pantas boleh berubah dalam sekelip mata sahaja, berbanding wargatua yang menghayati keprihatinan golongan para pemimpin mewakili parti dikawasan berkenaan sejauh manakah ketelusan mereka membela warga penduduk sepanjang masa. 

Pilihan Raya bukan tujuan sekadar meminta diundi menjadi wakil rakyat sebaliknya membuktikan kerja dan jasa mereka dikawasan setempat selama ini khususnya golongan rakyat termiskin, langkah menjadi YB bukan satu perkara yang hanya dipandang dengan mata namun selama ini langsung tidak kenal segenap lapisan rakyat berpendapatan rendah ujarvmereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Medis Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan