Jumaat, 29 September 2023

HUKUMAN MATI MOHON PENGAMPUNAN 

Oleh. Helary Sukiono

Jakarta. Kerajaan negara ini akan mengemukakan permohonan  rayuan pengampunan terhadap kerajaan Malaysia keatas 77 warga negaranya yang disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh mahkamah negara tersebut. 

Permohonan tersebut akan dikemukakan sebaik sahaja Malaysia meluluskan pemansuhan hukum bunuh dinegara mereka baru baru ini dan kita cuba memohon pengampunan keatas warganegara kita yang telah dijatuhkan hukum bunuh dinegara jiran tetangga.

Judha Nugraha Pengarah Perlindungan Warganegara dan Badan Hukum Kementerian Luar Indonesia sebagai usaha membantu warga negara nya yang berada dalam tahanan atas pelbagai kesalahan berat dinegara berkenaan baru baru ini.

Kita hanya mencuba memohon demi nyawa warga kita namun jauh sekali kita mencampuri urusan perundangan negara jiran tetangga kita bagi mendepani pesalah pesalah hukum dinegara berkenaan setiap masa ujar beliau.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur.  Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan