Jumaat, 8 September 2023

SANTET MASIH BERLELUASA 

Oleh. Koijul Hairol

Borneo. Santet dilaporkan masih ramai mengamalkan nya dengan pelbagai cara bagi mengenakan setiap mangsa yang dimusuhi namun tidak ada yang menghiraukan nya secara terbuka. 

Kebanyakan Santet dipergunakan bagi memusnahkan orang yang dibenci disamping hasad dengki serta dendam kesumat dari keturunan serta ada juga yang dengki dengan kelebihan seseorang. 

Pendedahan beberapa mangsa santet yang berjaya menyelamatkan nyawa mereka dari perbuatan khianat musuh mereka  dengan penuh daya usaha berubat dengan pakar perubatan tradisional yang jujur.

Terbaru pengamal santet melaporkan mampu menggunakan kejahatan mereka dengan menggunakan isian botol mineral kecil penuh ramuan dan diletak pada jalanan seseorang yang dimusuhi mereka.

Semua amalan santet yang dikehendaki pemohon bergantung kepada permintaan individu  yang menghajati sesuatu permintaan disamping sanggup menanggung dosa keatas perbuatan mereka sepanjang hayat serta keturunan golongan yang meminta ilmu santet berkenaan.

Mangsa santet boleh diubati jika berusaha gigih dengan pantas dikalangan orang yang pakar menawarnya  tanpa berlengah lebih  lama apa tak lagi mereka yang kurang berwaspada dengan perbuatan seumpama.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan