Jumaat, 22 September 2023

Berita Ringkas 

DAH SAH KUASA JALAN DITANGAN MEREKA ?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Orang Sabah mendedahkan sebilangan pemandu Bus Mini telah menguasai perundangan dijalan raya serta perhentian Bus Stop Bus Mini sepanjang jalan raya laluan mereka dengan sesuka hati berhenti menunggu penumpang mereka setiap 

hari disepanjang jalan laluan mereka tanpa takut dengan peruntukan undang undang yang menunggu kesalahan mereka. 

Sebilangan pemandu bus mini muda bukan sahaja menunggu penumpang  berjam jam di Bus Stop atau tepi jalan yang sempit malah turut membuat ego dan bising didepan orang ramai tanpa merasa  segan dipandang orang ramai. 

Menurut sebilangan warga Sabah golongan pemandu bus mini berkelakuan seumpama dipercayai menggunakan budaya asing yang tidak diketahui generasi muda mudi orang Sabahan.

Bayangkan lah sikap himpunan pemandu bus mini yang memenuhi bus stop sepanjang jalan raya umpama mereka lah yang menguasai undang undang diseluruh negeri ini jelas penduduk Sabah hari ini. 
Warga Sabah hairan apakah ilmu yang dipakai golongan pemandu bus mini yang tidak mematuhi peraturan ini sehungga kerap terlepas dari tindakan undang undang sedia ada ujar mereka penuh keciwa.

Anehnya golongan pemandu yang mengamalkan budaya asing  hanya meninggalkan bus stop bila nampak JPJ ATAU LPKP sahaja, orang lain mereka langsung tidak pandang  apa tak lagi warga desa mereka hanya keluarkan asap bus mini mereka disetiap bus stop jika orang ramai tidak menaiki bus mini mereka yang sentiasa bersusun kata penduduk Sabah.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan