Isnin, 11 September 2023

KEMANA PERGI BERAS TEMPATAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Rakyat termiskin seluruh negara terus menangis mencari beras tempatan yang berharga RM26.00 bagi sepuluh kilogram yakni RM2.60 bagi sekilogram.

Sejak beras import naik harga mendadak sejak awal september 2023 yang lepas kebanyakan negeri diseluruh negara telah kehilangan penjualan beras tempatan disetiap kedai dalam bandar dan pekan yang terpencil jelas  warga kampung yang ditemui. 

Kebanyakan rakyat yang ditemui terus bersuara kemana mereka membeli beras tempatan yang berharga RM26.00 atau RM28.00 bagi 10 kilogram melibatkan negeri Sabah sekali, hanya beras import sahaja yang memenuhi setiap rak rak beras dalam kedai diseluruh negara termasuklah negeri Sabah dengan harga melambong tinggi ujar mereka. 

Sampai bila warga miskin menanggong belian beras import  RM38.00 hingga RM48.00  bagi 10 kilogram sedangkan pendapatan bulanan mereka RM1, 300.00 dengan keluarga lebih 6 orang dalam sebuah rumah ungkap mereka yang ditemui.

Kerajaan perpaduan diseluruh negara serta kerajaan GRS bagi negeri Sabah perlu duduk semeja bagi mengembalikan beras tempatan RM2.60 sekilogram agar warga miskin tidak terbeban membeli beras makanan keluarga mereka setiap bulan sebelum rakyat lebih menderita lagi. 

Warga asing yang menjadi dalang berniaga beras dinegeri Sabah juga wajar dikawal berikutan laporan penduduk Sabah ramai warga asing menjual beras dengan kadar terlalu  tinggi jualan mereka.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan