Ahad, 17 September 2023

SIAPAKAH MENYELAMATKAN NEGARA? 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Ahli Bekas Perajurit Malaysia menyuarakan pada seluruh rakyat dalam negara ini bahawa siapakah yang dipe

rtanggongjawabkan bagi menyelamatkan Malaysia, ATM dan PDRM kah atau orang orang parti politik yang melaungkan kata kata sedangkan pasukan keselamatan mengawal sempadan dan pelusuk negara amnya sepanjang 
masa tanpa leka sesaatpun ujar mereka. 

Ahli bekas perajurit Malaysia juga meyakinkan sehingga hari ini negara ini terus aman damai tanpa gangguan anasir dari luar melainkan orang parti politik berbeza saling bertelagah sesama sendiri sehingga melibatkan rakyat penyokong mereka, malah ketika ancaman Tonduoh Sabah tidak ada pun perarakan orang politik bagi selamatkan Malaysia diseluruh negara walaupun musuh sudah menyerang di Tonduoh Lahad Datu Sabah melainkan Polis dan Tentera juga yang berkorban menentang mereka demi keselamatan rakyat negeri Sabah.

Rakyat seluruh negara perlu berpaksi kepada ATM dan PDRM berhubung SELAMATKAN MALAYSIA agar benar dan telus keterjaminan keselamatan negara dan rakyat jelata amnya tanpa melibatkan berarak ditengah jalan, hujahan orang politik boleh disalur kepada PDRM bagi menyiasat ancaman keselamatan negara jika ada bukti kukuh berhubung keselamatan terancam, ini dijelaskan beberapa Ahli Bekas Perajurit Malaysia berhubung dakwaan orang politik SELAMATKAN MALAYSIA pada masa sambutan hari Malaysia sedangkan keadaan negara dan rakyat terus aman damai terjamin keharmonian setiap masa terang mereka.

Untuk rekod ahli bekas perajurit Malaysia yang berjuang sejak 1950 an sehingga lah merdeka serta sampai kehari ini mereka meyakinkan Malaysia terus aman damai dan harmoni rakyat jelata nya, oleh yang demikian mereka boleh dijadikan rujukan berhubung isu keselamatan negara berbanding ahli parti politik yang bersaing sesama sendiri meraih sokongan rakyat bagi mengembalikan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun diluar pilihan raya.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan