Ahad, 17 September 2023

KELAYAKAN BANTUAN MUDA DIAKSES 

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Kuala Lumpur. Isu penyampaian bantuan warga miskin tidak bermasaalah jika dilaksanakan berpandu pada Kad Pengenalan seluruh rakyat Malaysia yang tergolong warga termiskin.

Namun yang peliknya ramai warga berkerita 4 hingga 5 biji masih layak disenarai bantuan kerajaan entah mengapa sedangkan warga yang basikal pun tiada langsung tersisih dari bantuan kerajaan. 

Sejak awal tahun 2023 lepas, beberapa warga mendedahkan  yang kaya tambah kaya yang miskin tambah miskin akibat penyaluran bantuan tidak menepati golongan sasar, antaranya pemimpin pertengahan yang memilih bulu untuk disenaraikan penerima bantuan walaupun mengenali golongan lebih layak namun ditukar dengan kroni mereka tegas mangsa tersisih.

Menurut warga tersisih mendapat bantuan, wakil rakyat dun mahupun parlimen sewajarnya turun padang bagi meneliti setiap warga kampung yang benar benar memerlukan bantuan berterusan, tidak terlalu bergantung dengan laporan pemimpin bawahan mereka yang lebih menyenaraikan orang orang kroni mereka sahaja walaupun bersusun 2 hingga 4 biji kereta namun mendapat bantuan juga lapor mereka. 

Selain dari itu, ada juga bantuan dari bahagian agama Islam berkala tahunan tiba tiba diberhentikan tanpa notis entah mengapa bagaikan ada sesuatu yang tidak tepat, semua warga yang menjadi mangsa  memerlukan perhatian serta tindakan turun padang Adun dan Ahli Parlimen serta Ketua Ketua Pengarah Bahagian Agama bagi memantau kes seumpama.

Kad Pengenalan rakyat Malaysia walau dimana juga negeri mampu diakses melalui JPN bagi mengenali status kehidupan mereka susah dan senang namun jika hanya bersandar pada laporan kroni orang bawahan pasti lebih ramai miskin terus tersisih jelas orang miskin yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan