Khamis, 14 September 2023

PENELITIAN BERAS TEMPATAN PERLU DIPERTINGKATKAN 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Isu kekurangan beras serta peningkatan kadar harga beras tempatan yang dilaporkan rakyat negeri ini perlu ditangani bersama kerajaan pusat dan negeri amnya sebaik mungkin. 

Ini penting bagi membantu segenap lapisan rakyat berpendapatan rendah khususnya dikalangan bumiputera bersama seluruh keluarga mereka dalam jangkamasa panjang.

Pandangan Tuan Azis Donysius Lobinson Timbalan Ketua Bahagian PBS N. 18 Inanam sebagai mengulas keluhan rakyat bumiputera yang tertekan dengan kenaikan sama beras tempatan dipasaran sejak awal bulan September 2023 lalu.

Dalam rungutan warga bumiputera berhubung kenaikan harga beras dilaporkan tempatan amat jelas harga dibeberapa permis menjual beras tempatan dan import mengejutkan senarai harganya yang dihantar orang ramai pada Media Terkini Harian Borneo semalam. 

Tekanan perbelanjaan rakyat berpendapatan rendah perlu ditangani kerajaan dengan menurunkan harga beras tempatan di Sabah seperti RM13.00 bagi 5 kilogram dan RM26.00 bagi 10 kilogram ujar Tuan Azis Donysius Lobinson hari ini. 

Apapun isu harga beras tempatan di Sabah kerajaan negeri perlu menurunkan setimpal yang terendah demi keperluan keluarga miskin disamping mengawal peniaga asing yang menempah beras tempatan demi dibekalkan terhadap pekerja asing dinegeri ini dengan kadar harga yang tinggi jelas etnik bumiputera yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan