Isnin, 11 September 2023

MENGAPA BORNEO TIDAK TEMPAH BERAS INI? 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Dalam tangisan sebilangan rakyat miskin di Sabah kehilangan seluruh beras tempatan mengapa kerajaan negeri tidak menempah BERAS GANU RM2.60 sekilogram seperti di Terengganu demi rakyat yang memerlukan sebagai beras tempatan. 

Beras Ganu seharusnya ditempah kerajaan Sabah dan dikawal ketat agar beras tersebut tidak disalahgunakan oleh agent agent penjual beras bagi mereka mengaut keuntungan tanpa mengingati rakyat miskin ujar mereka.

Isu merunsing kehabisan beras tempatan  cukup menakutkan warga miskin dalam negara jangkamasa panjang apa tak lagi keluarga bergaji RM1,500 sebulan dengan tanggongan ramai keluarga jelas warga yang ditemui.

Menurut penduduk luar bandar diseluruh negara termasuk Sabah, ada yang langsung hilang beras tempatan murah dibawah harga RM28.00 bagi 10 kilogram ungkap mereka penuh kesal.

Apapun sama sama menyuarakan masaalah kehilangan beras tempatan khususnya Sabah agar kerajaan perpaduan pusat mengetahui masaalah warga miskin seluruh negara masa kini jelas penduduk tempatan yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan