Isnin, 11 September 2023

KEGIATAN PENYAMBUNGAN PAIP DISABAH 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Isu penyambungan paip air yang dilaporkan sekitar penempatan rumah setinggan menjadi tanda tanya mengapa ianya tidak boleh dihentikan walaupun pelbagai badan penguatkuasa yang ada dalam negeri tersebut.

Menurut beberapa penduduk Sabah yang ditemui, semua paip air yang disambung muda untuk dikesan pemiliknya jika diselusuri halatuju paip berkenaan, malah golongan terlibat boleh diambil tindakan berat jika berulangkali mencuri air disamping memasang pegawai penguatkuasa pemantau bagi menghalang penyambungan kawasan rumah setinggan.

Pentambungan paip air haram ini juga bukan sahaja merugikan kerajaan malah turut menjejaskan sumber air yang bermeter sehingga mereka gagal memperolehi air dalam beberapa lama akibat kecurian air yang banyak dikawasan setinggan tanah rendah.

Kes seumpama harus diselesaikan pantas oleh kerajaan negeri supaya penduduk setinggan tidak sesuka hati mengambil kesempatan berterusan mencuri air tanpa bayaran sesen pun setiap bulan jelas penduduk Sabah yang keciwa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan