Khamis, 21 September 2023

ADA PEKERJA MARA PADA RAKYAT JELATA? 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Gempar rakyat jelata negeri ini dimarahi pekerja lantikan politik bila isu beras tempatan melonjak tinggi harganya  dibincang oleh  golongan pembeli dihadapan permis kedai penjual beras tempatan hari ini.

Dalam perbualan rakyat membincangkan kenaikan beras tempatan dilaporkan ada pegawai lantikan kerajaan Sabah yang mendengar perbualan mereka  tidak suka dan marah keatas perbincangan mereka, ini menimbulkan kesangsian rakyat jelata negeri Sabah yang mengharapkan bantuan  pegawai lantikan kerajaan membantu mereka memohon penurunan harga beras tempatan tanpa memarahi rakyat yang tertekan kehidupan.

Sehubungan dengan kejadian ini rakyat Sabah  berharap agar golongan lantikan politik dalam jawatan pegawai kerajaan tidak sesuka hati marah dengan komen rakyat berhubung kenaikan harga beras tempatan dinegeri ini yang amat membebankan sara hidup keluarga berpendapatan rendah. 

Rakyat Sabah juga berharap pegawai lantikan politik membantu menyuarakan kehilangan beras tempatan dinegeri Sabah yang dilaporkan bermula dari awal September 2023 lepas demi meringankan bebanan perbelanjaan orang miskin ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan