Rabu, 28 Disember 2022

TERJAH SEMASA 

Serunding Campur Daun Ubi Kayu laris bagi warga Borneo dengan kadar harga RM5.00 satu bungkus. 

Produk tersebut dicampurkan Ikan Bilis atau Udang Kering dan lada goreng secukup rasa.

Bagi penggemar makanan tradisional  sebungkus ini dilaporkan tidak mencukupi dalam keluarga yang ramai, malah sesiapa yang memiliki keluarga yang ramai kena lah menempah 4 atau 5 bungkus demi menampung keluarga yang ramai.

Untuk rekod para pembuat Serunding Daun Ubi Kayu mengingatkan kepada pelanggan supaya mendapatkan yang buatan golongan beragama Islam  sebagai keperluan pelanggan beragama Islam yang sejati demi pemakanan halal. Oleh Jasly Dollah 


 SERAGAMKAN HARGA TELOR 

Warga Sabah menggesa kadar harga Telor Ayam diseragam dengan Semananjung Malaysia demi mengimbangi kos sara hidup warga miskin dikampung terpencil masa kini.

Semua Subsidi Telor telah pun diberi oleh kerajaan kepada para penternak bagi membantu mereka meringankan bebaban dalam kos perbelanjaan setiap masa, namun ramai warga borneo masih mengeluh dengan kadar harga telor yang tinggi dinegeri tersebut sejak sekian lama ujar warga Borneo

Terdapat juga laporan mendakwa harga barang makanan di Sabah terlalu tinggi, namun sebilangan warga tempatan sekadar tersenyum melihat kadar harga yang tinggi masa kini.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan