Ahad, 11 Disember 2022

GRS SAH PERTUBUHAN PARTI POLITIK - ROS ?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Pengumuman Datuk


 Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor keluar dari PPBM dilaporkan tidak menjejaskan semua ahli parlimen dari Sabah yang bertanding atas tiket GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) memandangkan semua mereka yang keluar PPBM itu adalah ahli dan bertanding dalam GRS masa pilihan raya lepas.

Media Terkini Borneo dikejutkan ramai borak kedai kopi menghukum golongan yang keluar BERSATU konon nya kosong Ahli Parlimen mereka walaupun bertanding atas Nama Pertubuhan Parti Politik GRS sumber dan rekod Jabatan Pendaftar Pertubuhan namun borak kedai kopi tak mendengar fakta yang sebenarnya.

Menurut rekod pru ke 15 lepas, hanya Datuk Seri Ronald Kiandee yang bertanding tiket BERSATU PN setelah tidak dicalonkan oleh UMNO BN dikawasan Parlimen Beluran.

Pengumuman Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd. Noor keluar dari BERSATU langsung tidak memeranjatkan calon calon parlimen yang bertanding menggunakan lambang GRS berikutan ianya berdaftar sebagai pertubuhan parti politik di ROS menurut para penganalisis politik hari ini. 

Apapun hanya Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia sahaja yang boleh merungkai kedudukan Ahli Parlimen GRS serta kerajaan Sabah yang bernaung dengan GRS masa kini selepas keluar dari BERSATU beberapa hari lepas.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan