Isnin, 26 Disember 2022

PEMANTAUAN PERLU JALAN LALUAN BERBUKIT 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Pihak berkuasa tempatan perlu melakukan pemantauan bukan sahaja jalan raya dikawasan tanah rendah musim tengkujuh, sebaliknya menumpukan juga diseluruh jalan raya merentasi perkampungan tanah tinggi bagi mengelak tragedi tanah runtuh mahupun ditimpa kayu kayu besar tepi jalan raya terlibat yang masih terbiar. 

Pendedahan beberapa bekas penjawat jawatan Ketua Kampung sebagai mengulas kurangnya pemantauan pihak berkuasa sebilangan besar jalan raya merentasi perkampungan dikawasan bukit baru baru ini, dalam musim hujan baru baru ini bukan sahaja jalan raya ditimbus tanah runtuh sekitar tanah bukit malah dipenuhi timbunan pokok kayu tua yang tumbang akibat tanah runtuh jelas kumpulan terlibat.

Pemimpin kerajaan diperingkat UPPM SEPERTI PEMAJU MUKIM yang bergaji bulan perlu turun padang melakukan tinjauan dalam setiap kawasan masing masing sebelum rakyat bersuara, ini penting berikutan jika rakyat bersuara ianya akan menghukum dalam pilihan raya dimana kerajaan yang menjaga kawasan terlibat akan dihukum tidak diundi calon mereka menyebabkan tewas ujar bekas bekas Ketua Kampung yang ditemui. 

Untuk rekod Sabah memiliki 73 kerusi Dewan Undangan Negeri dimana memiliki beberapa orang lantikan Pemaju Mukim sebagai jentera penantau setiap perkampungan dalam jagaan mereka, para pemaju mukim ini dikawal selia oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasaan masing masing bagi memantau penugasan mereka setiap hari demi mendepani masaalah perkampungan setempat. 

Berkhidmat lah demi menjaga imej kerajaan yang memerintah agar segenap lapisan rakyat tidak menyalahkan kerajaan yang mentabdir kerajaan semasa diberi tugasan dalam UPPM, bila rakyat keciwa hanya diketahui masa pilihan raya menolak calon yang diletak oleh parti mewakili kerajaan semasa akibat keciwa dengan kepimpinan bawahan disamping latar belakang calon yang dicalonkan ujar orang ramai.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan