APAKAH BERSATU HILANG AHLI DISABAH?
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Sebaik para pemimpin tertinggi PPBM Sabah mengistihar keluar dari parti tersebut yang diumum Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah baru baru ini, ahli ahli diperingkat bawahan dilapirkan umpama hilang tempat bergantung tanpa pemimpin mereka diperingkat bahagian masing masing dan perlu lawatan dan tindakan pusat secepat mungkin.
Kru Media Terkini Borneo dimaklumkan terlalu ramai ahli diperingkat cawangan serta pembentukan ketua ketua mukim disetiap kerusi dewan undangan negeri Sabah sejak PPBM memasuki negeri tersebut.
Sungguhpun kepimpinan PPBM diperingkat negeri Sabah hampir lumpuh namun Naib Presiden nya Datuk Seri Ronald Kiandee Ahli Parlimen Beluran pantas memperkemas perjuanga parti tersebut didalam negeri Sabah apabila beliau dilantik Ketua Badan Pimpinan PPBM merangkap Pengurusi Badan Perhubungan PN Sabah yang baharu.
Kepantasan Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin Presiden PPBM bagi menggantikan kekosongan Ketua Badan Pimpinan PPBM Sabah yang baharu merangkap Pengurusi Badan Perhubungan PN Sabah mampu meyakinkan seluruh ahlinya bahawa mereka sentiasa dipelihara dan dibela bersama sama memperkuatkan semua parti tersebut.Keupayaan Ahli Parlimen Beluran mengemudi PPBM Sabah tidak dapat dipertikai berikutan beliau juga berpengaruh dengan kemenangan beliau dalam PRU kali ke 15 yang menang diparlimen Beluran menggunakan logo PN BERSATU dan menewaskan semua calon yang mencabarnya dikerusi tersebut.
Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin juga keciwa dengan semua pemimpin yang keluar dari PPBM semata mata menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia tanpa rasa mempertahankan kedudukan parti tersebut.
PPBM bakal bersinar semua sebaik Pengurusi Perhubungan nya telah dilantik semula bagi memperkemaskan jentera parti diperingkat akar umbinya dari masa kesemasa sehingga PRU ke 16 akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan