Isnin, 12 Disember 2022

MAMPUKAH GRS SEPAKAT SEPERTI GPS? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Borneo. Menjejaki langkah kanan Gabungan Rakyat Sarawak bukan sekadar naluri hati golongan pemimpin semata mata sebalik
nya turun kepada segenap lapisan rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi  adakah mereka (rakyat pengundi) bersetuju bergabung dalam parti kuasa besar sebagai gabungan agar seluruh rakyat memahami permaufakatan jitu dalam kuasa besar.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) jauh bersandarkan suara segenap rakyat pengundi yang kerap mereka (pemimpin temui) bagi minta pendapat suara ramai,  semua ini perlu dilaksanakan dahulu golongan kepimpinan parti politik Sabah turun padang menemui semua berdaftar sebagai pengundi bagi mendapat sokongan pembentukan Gabungan Rakyat Sabah. 

Menurut suara pengundi Sabah, kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah masa kini mempunyai 73 kerusi keseluruhan nya namun pecahan kerusi mewakili semua parti termasuk parti pembangkang perlu diambil kira dalam penggabungan GRS demi menjejaki GPS Sarawak yang berjaya menguasai hampir semua Dewan Undangan Negeri mereka pada prn yang lepas. 

Untuk rekod Sabah memiliki parti seperti berikut: 

1. UMNO  memiliki sijil outonomi Sabah 2. PBRS 3. MCA 4. MIC termasuk dalam gabungan Barisan Nasional

5. STAR  6. PBS  7. USNO  8.  KDM  9. SAPP  10. UPKO  11. MUPP  12. PPRS   13. PBM  14. PARTI WARISAN  15. PCS  16. PAS  17. PPBM  18. DAP  19. PKR  20.  MUDA  21. PEJUANG  22. LDP  23. GERAKAN  24. PERTUBUHAN PERPADUAN RAKYST KEBANGSAAN SABAH  25. PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI  26. PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH  27.  PARTI SEJAHTERA ANGKATAN PERPADUAN SABAH (SAPU)  28. PARTI DAMAI SABAH (SPP)  

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya  senarai parti yang ada di Sabah ini mampukah GRS direalisasikan dengan lebih berkesan jika semua parti ini bergabung GRS  bagaimana pengagihan kerusi didalam pilihan raya walaupun parti parti yang berpusat di Semananjung Malaysia berkecuali dalam GRS namun ianya bukan senang digabungkan lebih 10 parti tempatan.

GPS Sarawak boleh dikira berapa jumlah parti mereka dalam gabungan namun warga Sabah  terus bertanya sesama sendiri adakah semua Presiden Parti yang tersenarai ini sanggup turun bagi laluan orang lain menjadi Presiden yang baharu kelak. 

Sabah dilaporkan terbanyak memiliki pertubuhan parti politik berdaftar sehingga lebih 20 parti sehingga hari ini namun pemimpin parti setempat terus bercakap bergabung dalam GRS seperti Sarawak GPS entah bagaimana kah cara penyatuan agihan kerusi mereka. 

Banyak lagi lain isu etnik rakyat Sabah yang banyak juga perlu dikaji golongan pemimpin parti politik negeri ini agar semua pengagihan kerusi DUN Dan PARLIMEN dapat diagih sama rata tegas penduduk Sabah yang dihubungi hari ini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan  Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan