Isnin, 26 Disember 2022

PEMANTAUAN DUA SERAMPANG 

Oleh. Norsham Tukirin 

Isu kekurangan TELOR seluruh negara perlu pemantauan dua serampang antara PEKEDAI, PENGILANG AYAM TELOR bagi mengelak wujud sesuatu diluar jangkaan pada seluruh lapisan rakyat. 

Sepanjang tahun 2022 isu laporan kekurangan telor terus menjadi jadi sedangkan tidak ada laporan kandang ayam telor ditutup seluruh negara ini, persoalan nya siapa kah para penternak ayam telor ini yang menerima subsidi dari kerajaan namun tidak juga mencukupi pasaran telor pada rakyat sehingga masa kini.

Rakyat mencadangkan pada kerajaan agar membuat siasatan terhadap seluruh pengusaha penternak ayam telor demi menampong keperluan rakyat seluruh negara, jika para penternak ayam telor dan pembekal masih gagal menyediakan keperluan seluruh rakyat Malaysia dalam bekalan telor bagaimana subsidi kerajaan pada mereka berkekalan tegas mereka.

Rakyat mengharapkan supaya kes kekurangan telor dari pembekal dan penternak ayam telor dapat disiasat secara lebih terperinci agar dapat diselesaikan pada awal tahun 2023.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan