Isnin, 5 Disember 2022

PEDAGANG ROKOK SELUDUP PARLIMEN SEPANGGAR PERLU DIUSIR 

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Ahli Parlimen Sepanggar yang baharu Musthapa Sakmud (gambar) digesa turun padang meninjau penjualan Rokok Seludup disetiap lorong bangunan Kedai yang termasuk didalam kawasan Parlimen Sepanggar didominasi golongan rakyat yang diragui status kerakyatan mereka.

Cabaran ini perlu dilaksanakan oleh ahli parlimen yang dipilih seluruh pengundi kawasan tersebut melibatkan Dun Kerambunai, Dun Darau dan Dun Inanam yang dilaporkan berleluasa bertahun tahun lamanya namun kurang turun padang pemimpin terdahulu tegas penduduk kawasan tersebut yang menemui kru Media Terkini dekat sini. 

Penduduk Parlimen Sepanggar yang menukar Ahli Parlimen mereka mengharap penjual rokok seludup, peminta sedekah jalanan, penjahit kasut dilorong lorong pejalan kami serta kegiatan perjudian Wahui harus dihapuskan bagi kepentingan keluarga seluruh rakyat kawasan tersebut. 

Penduduk asli parlimen Sepanggar mengharap Ahli Parlimen 2022 ini benar benar membantu mereka bagi menghentikan kegiatan jualan rokok seludup yang menjual kepada kanak kanak tempatan, selain dari itu penjualan nombor gelap dan wahui juga melibatkan remaja bawah umur asalkan ada duit untuk membeli pasti mereka penjual benarkan bermain judi tanpa halangan jelas mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita  dan membuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan