Jumaat, 16 Disember 2022

SIAPAKAH GOLONGAN PENGEBOM IKAN INI? 

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Setiap kali tangkapan pihak berkuasa harus dipuji bagi menggagalkan setiap pengebom ikan dilautan negara kita tanpa mengira siang dan malam sentiasa mengawal lautan luas terbentang,  sebaliknya kerajaan perlu mendedahkan siapakah yang terlalu degil menjadi pengebom ikan dilaut tanpa takut dengan undang undang  serta tidak bertimbang rasa dengan golongan pembeli ikan bom mereka memakan bersama keluarga dan anak anak tersayang. 

Sejak dahulu lagi kegiatan pengebom ikan tidak henti henti sampai lah kehari ini masih juga terus melakukan perbuatan yang menyalahi undang undang  tanpa rasa bersalah dalam diri mereka, ramai warga yang mengusulkan secara bertulis kepada pihak kerajaan meminta agar pesalah pesalah ini didedahkan suku etnik serta kelompok kediaman mereka agar warga dunia tahu pelaku pengebom ikan yang sebenar.

Syabas kepada pihak berkuasa tempatan yang kerap menggagalkan perbuatan mengebom ikan serta mampu merampas aset bot dan ennin sangkut  para pengebom ikan ini walaupun orangnya sempat melarikan diri semasa dikesan perbuatan mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanps kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini harian Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan