Sabtu, 3 Disember 2022

DUA TIMBALAN PERDANA MENTERI 

Oleh. Basron Kirwan / Norsham Tukirin 

Kuala Lumpur. Perlantikan dua Timbalan Perdana Menteri Tanah Melayu dan Pulau Borneo Sarawak melakar sejarah kepada warga Sarawak dan Sabah hari ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang memegang Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Ahli Parlimen Bagan Datuk merangkap Presiden UMNO manakala Datuk Seri Fadillah Yusuf memegang Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya menjadi Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan. 

Kedua dua pemimpin ini adalah tergolong orang Melayu Islam dan tidak ada sebarang kegusaran umat Islam diseluruh negara berhubung masa depan agama Islam dalam kerajaan perpaduan seperti yang dimainkan oleh pemimpin parti politik pembangkang.

Empat lagi Menteri Penuh dari Sarawak mewakili GPS manakala hanya dua orang dari Sabah mewakili UPKO dan GRS dibawah pimpinan Kerajaan Perpaduan oleh Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10.

Sehingga berita ini  ditulis jumlah Menteri Kerajaan Perpaduan yang sudah mengangkat sumpah ialah 28 orang termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim dalam berlainan kefahaman parti politik separti Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan