Jumaat, 2 Disember 2022

HIMPUNAN DUA MENTERI  BERPENGARUH  

Oleh. Basron Kirwan/Norsham Tukirin 

Kuala Lumpur. Ramalan Timbalan Perdana Menteri dihebohkan dilaman sesawang 
sebelum ini terjawab jauh meleset sebaik sahaja Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diumum Timbalan Perdana Menteri  merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah hari ini.

Bagi Datuk Seri Fadillah Yusuf Timbalan Perdana  
Menteri  merangkap Menteri Perladangan Dan  Komoditi dimana ramalan sebelum ini terlalu jauh dan mengelirukan. 

Perlantikan kedua dua Timbalan Perdana Menteri ini antara lain pemerkasaan Kerajaan Perpaduan Malaysia walaupun terdapat pelbagai teguran golongan tertentu namun rakyat Malaysia mampu menerima kedua dua pemimpin tersebut sehingga mereka menang dalam pilihan raya parlimen ke 15. 

Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia juga menepati kehendak seluruh rakyat Malaysia memilih Timbalan Perdana Menteri yang cukup berpengalaman dan diterima semua kaum rakyat Malaysia diseluruh negara masa kini.

Kabenit kerajaan perpaduan juga mewakili semua suku kaum didalam negara dengan lantikan 28 Menteri Penuh bagi mengimbangi semua perkhidmatan dalam kementerian kearah menumpu khidmat bakti dan prihatin pada rakyat keseluruhan nya.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan