Khamis, 29 Disember 2022

ADA PETANI DERITA DIKEBUN 

Oleh. Gason Dumiri 

Ada golongan YANG BERHORMAT riuh berpesta sambut perayaan setiap musim ada keramaian namun petani desa ada derita mengusaha kebun kecil kecilan tanpa pondok tempat berteduh.

Selain pondok berteduh tidak mampu disediakan seksa lagi berjalan kaki berbatu batu ketanah kebun milik mereka tanpa dibantu kerajaan membina jalan raya sejak 1963 sampai hari ini disesetengah kampung luar bandar. 

Tanah tanah geran pertanian orang kampung dikawasan tanah tinggi sudah hampir 60 tahun namun masih belum ada pembinaan jalan raya oleh setiap kerajaan terdahulu walaupun sudah silih berganti,  kes seumpama banyak berlaku  dalam kawasan Parlimen Sepanggar dan Parlimen Tuaran entah mengapa ini langsung tidak berjaya atau sekadar membisu bila berkempen sepanjang masa pilihan raya dipelusuk kampung kawasan tersebut.

Untuk rekod isu jalan raya banyak terbiar sampai hari ini sewajarnya disusun pantas kerajaan perpaduan demi memudakan para petani mengusahakan tanah pertanian mereka dikawasan Parlimen Sepanggar serta Parlimen Tuaran jika kerajaan masa kini prihatin pada golongan petani miskin jelas warga petani setempat. 

Parlimen Tuaran dipertahan oleh Pemimpin daripada Parti Pakatan Harapan UPKO pada pru ke 15 manakala Parlimen Sepanggar juga ditawan oleh Pakatan Harapan dari PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) juga dalam PRU kali ke 15.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan