Rabu, 21 Disember 2022

PERLANTIKAN SPEAKER SEIMBANG 

Oleh. Jasly Dollah/Williem Anak Lagau 

Kuala Lumpur. Kerajaan Perpaduan berjaya melantik Speaker dan dua timbalan Speaker yang seimbang dari tiga parti bergabung membentuk kerajaan perpaduan. 

Ketia tiga parti yang diwakili Speaker dan timbalan Speaker iaitu dari Parti Keadilan Rakyat manakala satu Timbalan Speaker adalah dari UMNO BN dan Timbalan Speaker wanita pula dari DAP Parlimen Lanang Sarawak. 

Untuk rekod Speaker Parlimen masa kini  Datuk Johari Abdul mewakili Parti Keadilan Rakyat, Timbalan Speaker Lelaki dari Parlimen  Cameron Highlands Ramli Mohd. Noor dari UMNO dan Ahli Parlimen Lanang Sarawak Alice Lau dari DAP cukup seimbang dalam kerajaan perpaduan. 

Kerajaan Perpaduan perlu memulakan kerja membantu rakyat seluruh negara terutama warga kampung yang hanya berkerja sendiri dengan pendapatan kurang dari RM800.00 sebulan terutama dinegeri Sabah supaya menaik Bantuan Keluarga Malaysia. 

Kos sara hidup bagi Sabah terlalu tinggi berbanding Semananjung Malaysia namun dilaporkan rakyat Sabah bantuan terlalu kecil berbanding dengan Semananjung Malaysia keluh mereka. 

Ahli ahli parlimen Sabah didesak oleh rakyat negeri tersebut menyuarakan kadar harga ayam  RM13.80 gred b manakala gred a berharga RM17.90 sekilogram sementara telur gred A RM18.00 dan gred B RM15.00 tegas mereka. 

Penduduk Sabah mendedahkan banyak lagi harga barang makan dalam negeri ini terlalu tinggi berbanding dengan Semananjung Malaysia dan perlu didedahkan oleh semua ahli Parlimen Sabah setiap kali Sidang Parlimen ujar mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan