Isnin, 26 Disember 2022

DEDAH TERSIRAT 

Sambutan hari Natal bagi borneo sangat menakjubkan berikutan pelbagai kaum dan agama masih duduk semeja dalam meraihkan nya. 

Malah sumber menegaskan sebilangan penganjur Pesta Krismas terpaksa menyediakan dua tukang masak dari makan halal dan satu lagi masakan tidak halal bagi pengunjung berbeza agama. 

Kesedaran sebilangan penganjur Keramaian KRISMAS sangat memahami kehadiran pengunjung beragama Islam dimana diasingkan tempat masakan dan meja makan demi mengelak percampuran makanan halal dan tidak halal. 

Ini lah sebahagian perbezaan sambutan Krismas bagi Sarawak dan Sabah unik berbeza agama namun mampu duduk semeja untuk meraihkan apa juga perayaan mengikut kaum atau keagamaan masing masing. 

Sebaliknya umat Islam boleh menjauhi makanan yang dihidangkan jika bukan dikendalikan dalam proses Halal penyediaan, memasak dan pengurusan penjagaan pemakanan berkenaan termasuklah was was dalam diri masing masing. Susunan. Norafzah Dollah 


APA KATA ANDA 

Melihat tanah berbudi pada empunya tanah jika diusahakan walau tidak sebesar ladang perusahaan besar namun mampu mencukupi keperluan dapor sebuah rumah.

Apapun jika wujud permaufakatan pemimpin kerajaan dan rakyat jelata pasti boleh dimajukan tanah yang ada. Keperluan rakyat pemilik tanah ialah JALAN RAYA BAGI LALUAN KETANAH mereka bagi mengusahakan nya terutama dikawasan tanah bukit wajar lah dibantu kerajaan.

Peranan utama dalam perancangan usaha rakyat adalah WAKIL RAKYAT DUN dan WAKIL RAKYAT PARLIMEN yang menyokong kerajaan agar membantu rakyat membina jalan raya ketanah pertanian mereka. 

Dalam era KERAJAAN PERPADUAN  masa kini, WAKIL RAKYAT DUN dan WAKIL RAKYAT PARLIMEN perlu menemui rakyat jelata yang memiliki tanah, bagi membantu mereka membina jalan raya utama mereka menuju ketanah mereka sebagai memulakan pembukaan penuh pertanian ditanah mereka secepat mungkin. Oleh  Gifkir Aming




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan