Rabu, 7 Disember 2022

HARGA TELOR AYAM BORNEO MASIH TINGGI HARI INI 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Isu harga telur ayam masih dilapor tinggi sehingga hari ini walaupun telah diumum kadar harga oleh kerajaan semalam. 

Penduduk Sarawak Sabah menggesa pihak kerajaan pusat memantau kedudukan harga telur bagi kedua dua negeri tersebut agar seimbang dengan harga telur diseluruh Semananjung Malaysia bagi meringankan bebanan warga borneo yang sentiasa menempuh  harga barang yang tinggi berbanding di Semananjung Malaysia sejak sekian lama. 

Sebagai rakyat dalam Malaysia yang berada di Sarawak dan Sabah adalah menjadi harapan mereka kadar harga telur diseragamkan berikutan kerajaan telahpun memberi subsidi keatas semua pengeluar telur sejak sekian lama.

Dengan adanya pendedahan ini kerajaan Malaysia perlu membantu menurunkan kadar harga telur seluruh Sarawak Sabah agar segenap lapisan rakyat dikedua dua negeri tersebut agar boleh mengecapi harga seimbang dengan seluruh warga Semananjung Malaysia ungkap rakyat yang ditemui. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan