Oleh. Gifkir Aming
Majoriti yang sihat nampak apa berlaku disekeliling mereka namun sukar memperolehi kebertanggongjawaban segala yang dilihat melainkan penyebaran gambar dan kata kata kurang elok dalam laman sosial bebas setiap detik dipelusuk benua tanpa visi dan misi kearah menambah baik segala apa yang dilihat golongan terlibat.
Sebilangan warga suka mendabik dada bagi mempamerkan gambar gambar yang berketrampilan warga politik namun rakyat langsung mereka tidak hiraukan, ada juga berazam mahu menjadi pilihan pemimpin tempatan dengan memilih menjadi calon parti politik sama ada ADUN atau PARLIMEN namun rakyat pengundi kenal watak diri mereka.
Menguji diri menjadi calon dengan sekadar mengeciwa sebilangan rakyat setempat pasti bakal dibalas dengan undi sekadar ratusan orang memangkah, malah golongan terlibat akan terus kalah berulang selagi mereka terus memungkiri janji tidak membantu warga sekitar tempat bertanding lapor pengundi.
Ada juga rakyat laporkan segelintir menjadi calon pilihan raya sekadar mampu santai santai jumpa makan minum beberapa orang diluar bandar meminta diundi dalam pilihan raya, namun jika melihat ada merakam gambar golongan menjadi calon minta jangan masuk berita sebarang akbar dan biar antara calon dan orang kelilingnya saja tahu tegas rakyat yang ditemui.
Ada juga calon yang menemui beberapa orang kampung dalam kempen nya mengingatkan tetamu yang ditemui agar tidak menjemput kenalan akbar mereka dengan kehadiran nya dikawasan tersebut bagai ada tersirat kunjungan calon tertentu ungkap orang tempatan.
Untuk rekod kebanyakan sumber paparan ini diluahkan golongan pengundi seluruh parlimen Sabah dalam pru ke 15 yang lepas, malah pengundi yang mendepani kisah benar ini mendakwa kebanyakan calon berkelakuan seumpama, semuanya tewas dengan hilang wang deposit terang mereka.
Menurut rekod setiap kerusi yang dipertandingkan pada pru ke 15 tidak kurang dari 4 penjuru calon malah ada juga sampai 6 atau 7 penjuru calon, namun hanya beberapa calon PH Dan BN GRS Sabah yang mengguna pakai wakil akbar membuat liputan kempen mereka.
Adakah kisah ini bakal terus berlaku dalam pilihan raya PRN Sabah akan datang hanya orang orang pengundi negeri Sabah sahaja yang mampu menceritakan nya semula pada PRN akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan