Sabtu, 17 Disember 2022

RAKYAT MINTA KESERAGAMAN HARGA TELUR 

Oleh. Jasly Dollah 

Kerajaan perlu menyeragamkan kadar harga telur diseluruh negara berdasarkan subsidi yang telah diberi kepada penternak mahupun pengilang namun rakyat pembeli dikedai kedai seluruh negara masih berbeza beza harga jualan dikalangan peniaga. 

Ini disuarakan pembeli telur didua negeri Sarawak dan Sabah yang mendakwa harga nya jauh berbeza berbanding dengan pengumuman kerajaan kadar harga di Semananjung Malaysia, pembeli telur di Sarawak dan Sabah mempersoalkan adakah Sarawak dan Sabah tidak ada penternak ayam telur sehingga kadar harga jauh berbeza di Semananjung Malaysia seperti pengumuman kerajaan ujar mereka.

Sejajar dengan pendedahan ini pembeli telur bagi negeri Sarawak dan Sabah meminta kerajaan mencari jalan bagi menyeragamkan kadar harga telur di Semananjung Malaysia dan Sarawak serta Sabah agar tidak membebankan penduduk dikedua dua negeri tersebut. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan