Ahad, 18 Disember 2022

JANGAN GADAI DIRI DENGAN IKLAN TIDAK SAH 

Oleh. Huzera Ben 

Dubai. Sindeket pengambilan kerja 
tidak berdaftar dengan teknik iklan telegram gaji lebih RM4,000 menyebabkan ramai muda mudi Malaysia terpengaruh dengan iklan terlibat namun sampai dinegara Dubai menjadi pekerja agent perjudian dengan semua pasport dan telipon dirampas sindiket perjudian.

Anehnya setiap hari akbar akbar berlesen serta unit penyiaran eletronik TV dan RADIO menyiarkan peringatan jangan muda terpedaya dengan iklan yang meragukan selain di muat iklan dalam akbar berlesen sejak sekian lama namun iklan meragukan juga warga Malaysia pilih mendapat pekerjaan.

Terbaru 7 rakyat Sarawak dan 1 Kelantan dilaporkan telah diselamatkan oleh kerajaan Malaysia yang menjadi pekerja perjudian cara paksa di Dubai hasil terpengaruh iklan telegram berkerja gaji USD$1,000 dengan nilai RM4,000 lebih sebulan.

Sebaliknya hanya diberi makan roti  nasi sekali sehari dan jika tidak sampai target akan terus didera atau tidak diberi makan langsung sehingga lah kumpulan terlibat berjaya melepaskan diri bagi meminta bantuan polis  Dubai. 

Sehubungan dengan kes kejadian ini mana mana negara yang menawarkan pekerjaan terhadap rakyat Malaysia sila rujuk dengan kerajaan Malaysia dahulu agar dapat berhubung dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi atau Kedutaan Malaysia dinegara berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan