Oleh. Basron Kirwan
Selepas pru ke 15 yang lepas memberi kemenangan kepada Datuk Seri Panglima Welfred Madius Tangau sebagai Ahli Parlimen sepanjang lima tahun akan datang lagi.
Sebelum pru ke 15 yang lepas sebilangan warga pengundi parlimen Tuaran berkobar kobar melaungkan sokongan pada GRS bagai peluang pakatan harapan UPKO tipis untuk memenangi kerusi parlimen tersebut.
Namun laungan yang dimainkan sekadar manis dimulut sahaja oleh sebilangan rakyat yang mengundi dikawasan Parlimen Tuaran walaupun semasa proses penamaan calon sudah nampak penyokong GRS lebih ramai dari Pakatan Harapan UPKO.
Dalam tinjauan Media Terkini baru baru ini dikawasan Parlimen Tuaran terlalu ramai pengundi setempat yang kerap bercakap lidah bercabang dua dan mungkin ini yang menyebabkan GRS tewas dikawasan tersebut dengan calon Pakatan Harapan dari UPKO ujar aktivis masyarakat setempat.
Ada juga pengundi kawasan parlimen Tuaran yang cuba memperdayakan kru akbar Media namun tindakan mereka dapat dikesan lebih awal sehingga golongan terlibat mengalah dan berdalih seribu kali perilaku mereka.
Sehubungan dengan pendedahan ini semua pemain politik yang berhasrat menjadi calon harus berwaspada dengan perilaku sebilangan pengundi agar tidak menjadi mangsa musuh dalam selimut dalam masa membuang undi.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan