Khamis, 1 Disember 2022

PM BELUM UMUM LAMAN SOSIAL SUDAH SIAR 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Belum pun ada pengumuman kabenit kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia sana sini sudah laman sesawang menyiarkan ramalan kabenit kerajaan perpaduan. 

Perbuatan seumpama rakyat anggap sebagai satu perbuatan yang mengelirukan semua pihak malah mendahului perancangan Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan amnya diseluruh negara. 

Sehingga berita ini ditulis  belum ada sebarang pengumuman jawatan kabenit kementerian kerajaan Malaysia walaupun Perdana Menteri telah dilantik baru baru ini.

Semua pihak perlu menjaga nama baik kerajaan dan negara amnya dengan  tidak sesuka hati menyiarkan pelbagai maklumat tidak sahih sekadar bahan ramalan sahaja tanpa kesahihan yang sebenar ujar veteran masyarat yang ditemui. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur.  Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan