Rabu, 28 Disember 2022

BAIKI SUNGAI JALAN SIMPANGAN 

Oleh. Tedung Selar 

Ribuan pengguna JALAN RAYA SIMPANGAN meminta Kerajaan Perpaduan memperdalamkan Sungai TIMBOK dan Sungai MENGKABONG serta meninggikan JALAN RAYA dikawasan ini bagi mengelak ditenggelami air banjir (Dalam Gambar) sehingga tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Jalan Raya tersebut merupakan laluan Logkou Baru Kiulu Ranau dan Jalan Pemancar TV tembus Natai Togung Menggatal dan boleh juga tembus Kiulu Ranau sebagai jalan pintas ujar orang ramai.

Anehnya sungguhpun jalan tersebut kerap ditenggelami BANJIR BESAR namun tidak nampak sebarang usaha pihak berkuasa menangani masaalah tersebut, bukan sahaja orang kampung yang menggunakan jalan berkenaan malah pegawai pegawai kerajaan juga sentiasa melintasi jalan raya tersebut hampir setiap hari tegas warga setempat.

Sehubungan dengan paparan ini seluruh penduduk perkampungan kawasan tanah bukit menggesa Kerajaan Perpaduan turun padang melihat sendiri Sungai Timbok dan Sungai Mengkabong yang bertemu dibawah jalan raya berkenaan sehingga melimpah dijalan pada musim banjir.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun Berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan