Jumaat, 16 Disember 2022

RUNTUHAN DI BATANGKALI PERLUKAN TINDAKAN DRASTIK 

Oleh. Basron Kirwan 

Selangor.  Tragedi menyanyat hati di Perkemahan Father's Organic Farm Jalan Batang Kali perlu diambil tindakan sewajarnya berikutan pengumuman kerajaan Malaysia beroperasi tanpa lesen sedangkan dilapor mula beroperasi sejak tahun 2020 lagi.

Perbuatan menjalankan perkemahan tanpa lesen membabitkan pengunjung orang awam tidak sewenang wenangnya dibiarkan malah jika ianya mula beroperasi sejak tahun 2020 lagi mengapa pihak berkuasa tempatan gagal membuat pengesanan kegiatan berkenaan soal warga tempatan.

Untuk rekod kawasan tragedi dilaporkan memiliki ketinggian runtuhan lebih 30 meter manakala keluasan dianggarkan lebih 3 ekar dan adalah mustahil selama ianya beroperasi aktiviti perkemahan tidak dapat dikesan pihak berkuasa tempatan bagi menghentikan nya pada peringkat awal. 

Pemilik tapak perkemahan juga sewajarnya bertanggongjawab membayar ganti rugi nyawa korban dikawasan perkemahan nya memandangkan ianya tidak berlesen sebagai lawatan perkemahan riadah menurut pandangan para pesara keselamatan negara Malaysia.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memcetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini harian Kuala Lumpur. Editor 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan