Khamis, 15 Disember 2022

POLITIK OH POLITIK RAKYAT TERUS MEMERHATI 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Selepas pru ke 15 semua pemain politik tewas sunyi sepi manakala yang menang akan berkerja dengan tugasan baharu sebagai Ahli Parlimen antara blok kerajaan dan blok pembangkang.

Bagi semua calon yang tewas pula rakyat sekadar melihat mereka bukan sahaja tiada gerak kerja malah suara sekalipun senyap dengan tekad akan bertanding lagi pada kelima tahun akan datang demi mengharap sokongan undi rakyat sekali lagi pada pru ke 16 akan datang.

Ini lah keluhan rakyat yang mengundi calon yang kalah dalam pru ke 15 lepas terkapai kapai tidak tahu bagaimana mahu menemui calon yang mereka pangkah berikutan telipon tidak bersambut malah ada yang dah tutup nombor telipon sudah selepas pru yang lepas.

Calon yang menang setiap parlimen bertanding hanya seorang manakala calon bertanding disetiap parlimen antara nombor dua hingga nombor 10 atau lebih namun sebaik pengumuman undi diumum sebilangan calon yang tewas terus menyepi diri tanpa ingat rakyat mengundi mereka.

Kata rakyat jelata, "CALON OH CALON JANGAN SEMBUNYI JIKA MASIH MINTA DIUNDI PRU KE 16 TURUN PADANG LAH TEMUI RAKYAT BERTERUSAN" ungkap mereka menuntut calon diundi  bergerak terus dampingi rakyat berdaftar sebagai pengundi disetiap kawasan parlimen.

Untuk rekod setiap lepas pilihan raya parlimen ramai rakyat mendakwa calon tewas terus menyepi diri tanpa mengkaji mengapa  mereka tidak menang malah ada yang hilang wang pertaruhan sebaliknya tiadak terfikir calon mengkaji kekalahan mereka bersama rakyat.

Rakyat berdaftar pengundi memberi amaran calon yang mengamalkan politik bermusim tampil hanya dalam pilihan raya akan diberi petunjuk tewas sepanjang masa pilihan raya akan datang ujar penduduk yang ditemui. 





Nota. Dilatang  membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Edotor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan