GRS perlu mencari langkah drastik bagi menawan semula kerusi Parlimen Tuaran yang terus dipertahankan oleh Datuk Seri Panglima Welfred Madius Tangau pada pru ke 15 walaupun didalam Pakatan Harapan.
Terjah Semasa dimaklumkan jentera GRS BN parlimen tuaran cukup lengkap dalam semua gerak kempen dan program mendekati rakyat jelata namun masih gagal menawan kerusi parlimen Tuaran yang dimenangi UPKO dua kali semasa bersama BN dan kini bersama Pakatan Harapan.
Mengapa ini terjadi ? GRS BN boleh lah mengkaji mengapa mereka gagal menawan Parlimen Tuaran pada pru ke 15 lalu, malah banyak tempat kubu GRS dan BN lalu kini ditawan oleh parti lain dalam PH dan Bebas serta KDM tidak pasti mengapa ianya terjadi.
Hanya GRS dan BN yang mampu memberi jawapan isu tersebut sebagai rujukan umum dan terserah pada rakyat jelata menilai kesahihan jawapan mereka. Susunan Norsham Tukirin
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat turun iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan