Oleh. Koijul Hairol
Sabah. Umat Islam luar bandar meminta pihak pegawai Jabatan Agama Islam negeri serta pihak kerajaan negeri kerap mengadakan rondaan setiap kampung yang memiliki Masjid atau Surau supaya mampu mengetahui segala apa juga masaalah yang berlaku didalam mahupun halaman Masjid atau Surau
berkenaan.Ianya penting digerakkan semasa musim tengkujuh bagi mengelak banjir mahupun tanah runtuh agar sesuatu peruntukan kilat dapat diluluskan dalam kadar segera bagi membaikpulih segala masaalah yang berlaku dengan kedua dua bangunan berkenaan dipelusuk negeri Sabah.
Keluhan seumpama dilaporkan oleh beberapa umat Islam dalam negeri ini berikutan terlalu perlahan gerakan pegawai pihak berkuasa agama Islam serta pegawai kerajaan negeri memantau kedudukan bangunan Surau dan Masjid didalam negeri ini sepanjang tahun ujar mereka.
Sebilangan bencana seperti tanah runtuh yang menimbus Surau atau Masjid diluar bandar seringkali dibuat gotongroyong tenaga orang kampung bagi membuka runtuhan terlibat berikutan kelembapan pihak berkuasa dalam melakukan pemantauan tegas rakyat beragama Islam setempat.
Dengan pendedahan ini rakyat tidak berniat menghukum mana mana pihak sebaliknya mereka (rakyat beragama Islam) sekadar menegur dan meminta pihak berkuasa dalam Jabatan Agama Islam serta Kerajaan Sabah seiring kerap mengadakan lawatan diperkampungan umat Islam yang memiliki Masjid dan Surau berdaftar demi mengetahui sebarang masaalah tegas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan