Selasa, 20 Disember 2022

LENSA JENDELA 

Kemelut antara orang parti politik serta rakyat jelata harus tidak ada perantara supaya segala luahan yang disalurkan tidak tersangkut ditangan orang tengah. 

Setiap musim politik pemimpin tertinggi parti politik sering menggunakan orang tengah bagi penghubung suara rakyat dan orang tertinggi parti politik dimana sering terkandas tidak sampai sepenuhnya. 

Isu terkandas ditengah jalan ini juga menyebabkan calon bertanding akan ditinggalkan  pengundi langkah berpaling tadah kepada calon parti lain sehingga pihak calon yang dibantu orang tengah tewas dalam setiap kali pilihan raya. 

Dalam  sejarah tersebut yang dilaporkan sentiasa berlaku didalam pilihan raya khususnya di Sabah masih jarang disedari  golongan calon yang bertanding walaupun mereka sudah lebih dua kali bertanding namun terus tewas juga dengan calon parti lawan.

Kepada orang parti politik yang berhasrat mahu menjadi calon sama ada dalam pru ke 16 atau pilihan raya negeri akan datang, berwaspada lah dengan langkah orang tengah yang bijak berlakon menjadi orang setia namun sepanjang berkerja banyak tersembunyi tanpa sampai kedua pihak. Susunan. Jasly Dollah 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun mencetak dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan