Rabu, 14 Disember 2022

BN GRS GAGAL LAGI ? 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sepanggar. Gabungan Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah gagal lagi menawan kerusi Parlimen Sepanggar walaupun beberapa parti kompenen BN dan GRS sama sama turun padang berkempen namun masih terus tidak mampu meraih undi dari tiga kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan berkenaan. 

Parlimen Sepanggar memiliki Dun Inanam, Dun Darau dan Dun Kerambunai namun hanya Dun Kerambunai sahaja diterajui oleh UMNO BN manakala Dun Inanam PKR sementara Dun Darau dikuasai Parti Warisan Sabah.

Ramai pemerhati politik mempersoalkan keupayaan BN dan GRS dengan banyak gabungan namun sudah dua kali tewas juga dalam kawasan parlimen tersebut entah dimana silapnya jentera kempen mereka bagi kawasan tersebut diperingkat akar umbi semua parti gabungan.

Mengimbau masa lalu ada pemimpin parti politik yang dilaporkan mengguris perasaan seorang pengamal akbar (nama parti dirashiakan) kawasan Sepanggar bercakap lantang bahawa kawasan mereka tidak perlukan penyiaran akbar harian memandangkan ada FB, Watsap Group dan banyak lagi laman sesawang lain bagi meraih sokongan undi rakyat ungkap pihak terlibat sungguh angkuh bual bicara. 

Berdasarkan rekod pilihan raya parlimen sudah dua kali BN  PRU 14 dan gabungan GRS BN PRU 15 tewas dikawasan tersebut sedangkan GRS dianggotai PBS, STAR, SAPP, manakala BN dianggotai PBRS, MCA, MIC dan UMNO yang menggerak jentera dikawasan tersebut jelas pengundi dalam parlimen Sepanggar. 

Dalam pelan perancangan politik menunggu pru ke 16 BN dan GRS jika masih bergabung tenaga perlu menukar pelan jentera kempen mereka diperingkat pertengahan khususnya Zon dan Mukim serta Cawangan memerlukan pembaharuan dan pemerkasaan supaya disenangi seluruh rakyat pengundi berbilang bangsa dan agama tegas golongan aktivis politik veteran setempat. 

Kegagalan merangka pelan jentera politik golongan pemimpin masa kini dalam 3 dun Inanam Darau dan Kerambunai sehingga keperingkat cawangan sama juga menempah kekalahan dikalangan pengundi lebih seratus ribu orang pada pru 15 yang lalu dan entah berapa jumlah pengundi pula dalam pru ke 16 dijangka 5 tahun akan datang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan