Rabu, 21 Disember 2022

JALAN KIMANIS KENINGAU ADA DAYA PELANCONGAN? 

Oleh. Norsham Tukirin 

Bukit Kimanis. Sesiapa juga melalui jalan raya merentasi bukit Kimanis pasti merasakan bagai berada di Sepilok Sandakan melihat kumpulan MONYET BERKELIARAN DIJALAN RAYA tanpa takut kenderaan lalu lalang dikawasan tersebut. 

Haiwan ini terlalu banyak entah dimana kediaman 

haiwan tersebut dimusim tengkujuh melihatkan tidak nampak hutan tebal berhampiran jalan raya berkenaan.

Seperkara yang perlu diawasi golongan individu bila melihat haiwan berkenaan agar tidak keluar dari kenderaan mereka dibimbangi bakal diserang haiwan tersebut berseorangan apa tak lagi golongan wanita dan remaja muda mudi.  

Melihat kawanan Monyet berkeliaran diatas jalan raya sememang nya sangat menarik perhatian namun sangat membahayakan jika turun dari kenderaan masing masing bagi tujuan mendekati haiwan tersebut disebabkan terlalu banyak dalam masa masa tertentu musim kemarau. 

Kebanyakan kawanan Sang Monyet berkenaan masing masing membawa anak anak kecil mereka dalam KANTUNG KHAS PADA BAHAGIAN PERUT haiwan 

tersebut tanpa jatuh dalam masa kawanan haiwan tersebut berjalan. 

Dalam kebanyakan orang melihat haiwan tersebut berkeliaran diatas jalan raya kerajaan negeri boleh mencari langkah khas mewartakan beberapa keluasan tanah dikawasan berhampiran khususnya memiliki hutan tebal sebagai pusat peranginan dan pelancongan bagi warga dalam dan luar negara dalam masa terdekat cadang orang ramai yang di


 temui hari ini.

Semua yang menarik bakal menjadi pilihan golongan pelancong dari luar negar mendatangi lawasan terlibat jika diusahakan bersungguh sungguh disamping memiliki tumah penginapan dan restoran makan minum bagi golongan pelancong ujar mereka.

Apapun hanya kerajaan Sabah yang tahu pemilikan tanah terlibat serta kepentingan mahu memajukan lokasi terlibat sebagai pusat pelancongan msnarik demi menarik pelabor luar negara.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan