Khamis, 29 Disember 2022

APA PUN SEMUA BOLEH JADI 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Bagaimanakah nasib parti parti politik yang membentuk kerajaan perpaduan pada pilihan raya kali ke 16 akan datang?, adakah mereka masih sepakat atau bakal berlawan sesama sendiri  dalam menghadapi pru ke 16 yang sukar diramal siapa yang mendapat orang pertama disokong rakyat. 

Sebelum ini rakyat Malaysia berpecah memberi sokongan antara PAKATAN HARAPAN dan BARISAN NASIONAL  namun sebaik sahaja PPBM diluluskan pendaftaran nya  sebelum pilihan raya kali ke 15 yang lepas maka terbentuk lah gabungan mereka dengan Parti PAS sebagai Perikatan Nasional sehingga lah pada pertandingan pru ke 15 lepas.

Kebanyakan rakyat terus berpandangan bahawa pada pru ke 16 dipercayai parti BARISAN NASIONAL akan berlawan semula dengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional diseluruh negara serta parti parti lain dibeberapa negeri yang aktif memperhebatkan penyiaran dalam akbar ini sepanjang masa. 

Sehingga berita ini ditulis tanah tanah geran warga kampung jauh terpencil dilaporkan masih banyak belum ada jalan raya dibuat kerajaan terdahulu sehingga rakyat jelata masih berjalan kaki ketanah geran pertanian mereka.

Kes ini bakal bergema semula dalam kempen parti parti politik yang akan bertanding merebut semula kerusi parlimen dalam pilihan raya umum kali ke 16 akan datang jika kerajaan perpaduan masa kini gagal membina setiap jalan raya menuju ke tanah geran pertanian orang kampung yang terbiar sejak 1963 dahulu. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus, Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan