Ahad, 1 Ogos 2021

KEMELUT BUNGKUSAN BUNGKUSAN MAKANAN DITAGIH 

Oleh Tedung Selar Dan Basron Kirwan 

Lonjakan pandemik Covid 19 yang semakin menakutkan jangkitan dan kematian seharusnya ditangani kerajaan dengan agihan bantuan bungkusan makanan sama adil seluruh rakyat yang terkesan dengan penularan penyakit tersebut tanpa ada yang keciciran. 

Terdapat rungutan rakyat dalam negeri ini tidak memperolehi bantuan bungkusan makanan terutama perkampungan luar bandar  umpama berlaku keciciran atau terlepas pandang dalam setiap pengagihan sejak awal tahun ini.

Hebahan tiap hari cantik pengagihan bantuan bungkusan makanan namun hakikatnya hanya orang terdekat pemimpin mampu memperolehi sebarang  sumbangan yang menjadi hebahan setiap hari. 

Kes ini perlu perhatian kerajaan pusat dan negeri amnya agar turun padang kekawasan perkampungan  luar bandar bagi mendengar keperitan orang kampung yang tidak mendapat bungkusan  bakul makanan sedangkan mereka juga turut terkurung akibat sekatan kepekaan membeli barang makanan ungkap orang kampung pada media terkini.







Nota  Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan