Oleh. Helary Sukiono
Surabaya. Sejak pandemik Covid 19 menyerang dunia sehingga ke hari ini Indonesia merekodkan kematian lebih 116,366 orang akibat serangan virus Covid 19.
Bagi kes jangkitan seluruh negara merekodkan Covid 19 telah menjangkiti lebih 3.833,541 orang sehingga ke hari ini antara negara Asia yang terjejas teruk akibat serangan penyakit tersebut walaupun pelbagai usaha mevaksinkan seluruh warga negaranya masa kini tanpa ada hentinya.
Kepadatan penduduk disamping kurangnya pematuhan penjarakan diri serta mengabaikan penggunaan Pelitup Muka antara penyumbang terbesar jangkitan Covid 19 diseluruh negara ini menurut kaji selidik pesara pesara kakitangan pemerintah negara ini.
Dalam penularan Covid 19 seluruh negara ini pemerintah terus berusaha mencari jalan bagi menggandakan pengagihan vaksin kepada seluruh rakyatnya agar mampu memutuskan rantaian covid 19 masa kini.
Sehubungan dengan penularan tinggi Covid 19 diseluruh negara ini pihak berkuasa negara jiran tetangga harus sama sama berwaspada dengan penularan Covid 19 jelas beberapa aktivis masyarakat tempatan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan