KEINDAHAN KAMPUNG KU
Oleh. Jaitos Dumiri
Kiulu. Tidak siapa menduga dikemuncak bukit Gonipis terdapat sebuah perkampungan kaum etnik Dusun Bundu dikenali Kg. Logkou Baru Kiulu namun unik memandangkan memiliki jalan raya (gambar) yang menembusi dari Kiulu sehingga kepekaan Telipok.
Mendengar sahaja nama kampung tersebut tidak siapa menyangka memiliki keindahan seperti yang dinikmati oleh masyarakat setempat menghala Kota Kinabalu ini lah yang dapat ditonton (gambar) manakala menghala ke Kiulu luas terbentang gunung Kinabalu yang akan ditonton jelas penduduk kampung tersebut.
Masyarakat seluruh negara mahupun peringkat luar negara tidak akan mengetahui keindahan kampung tersebut jika tidak bertandang dikawasan tersebut dimana memiliki penduduk ramah dengan sesiapa pun pelawat datang berbeza dengan sesetengah masyarakat yang kurang mesra dan sekadar pentingkan diri bagai memiliki kebolehan tinggi namun tidak mampu membangun kampung sendiri.
Bagi Kg. Logkou Baru Jalan Raya mereka dibina semasa Datuk Seri Azmi Khalid sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia berserta Bekalan Tenaga Letrik mereka sekitar era tahun 1990 jelas penduduk setempat.
Menurut penduduk setempat pada awal pembukaan kampung tersebut bukan muda memandangkan warga penduduk tertua dahulu membanting tulang berjalan kaki sama ada kepekaan Kiulu mahupun pekan Telipok bagi membeli belah sebagai bekalan makanan sepanjang tempoh sebulan tegas mereka.
Namun berkat kesabaran generasi muda Mudi mereka sehingga kehari ini perjalanan kenderaan dari kampung mereka ke Pekan Kiulu lebih kurang 25 minit manakala menuju ke Pekan Telipok dianggarkan 30 minit sahaja jelas penduduk setempat.
Kampung Logkou Baru memiliki beberapa kampung berhampiran seperti Kg. Bungeliu, Kg. Tombolaung, Kg. Kebayau dan Kg. Tamalang Serta Kg. Ruminatau yang terbahagi kepada Parlimen Tuaran dan Parlimen Sepanggar bahagian pengundian penduduk kampung tersebut.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan