Bagi mencapai sasaran seratus peratus warga bandaraya Kota Kinabalu mendapat Vaksin, satu program 'Walk-In" akan diadakan di Padang merdeka pada 30, 31 Ogos dan 1 September 2021 bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang menurut kenyataan DBKK bertarikh 28 Ogos 2021.
Orang ramai yang tinggal sekitar daerah Kota Kinabalu yang hendak menghadiri program tersebut mestilah sihat tidak ada kontak rapat dengan pesakit Covid 19, memakai pelitup muka dan berpakaian yang longgar pada lengan bahu bagi memudahkan petugas kesihatan melakukan tugas suntikan vaksin.
Surat pekeliling tersebut tidak ada sebarang pengumuman jenis vaksin yang diagihkan terhadap peserta walk in berkenaan namun para peserta boleh merujuk atau menghubungi DBKK bagi mendapat ulasan jenama vaksin yang mereka berikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan