PEWAKSINAN TERBUKA SOP WAJIB DIPANTAU
Oleh. Koijul Hairol
Keningau. Masyarakat tempatan meminta himpunan orang ramai meminta VAKSIN dalam konteks terbuka wajib dipantau SOP tanpa terlepas pandang diluar tempat mewaksin khususnya didalam barisan menunggu bagi mengelak kesan penularan virus Covid 19.Warga asli setempat bimbang melihat barisan orang ramai meminta vaksin yang tidak lagi menggunakan penjarakan malah kelihatan ( dalam gambar) berhimpit himpit mahu mendapat vaksin mereka tanpa kelihatan petugas memantau dan mengawal pelanggaran SOP mereka.
Penularan Covid 19 masa kini amat membimbangkan diseluruh negara malah ianya juga turut tinggi diseluruh Sabah amnya namun masih ramai tidak menyedari melaksanakan SOP yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan Sabah khususnya.
Sehubungan dengan pendedahan ini pihak berkuasa tempatan harus menggandakan usaha memeriksa semua pusat penyuntikan vaksin agar tidak berlaku pelanggaran SOP ujar masyarakat yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan