Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Sasaran seratus hari yang diumumkan demi mengutamakan rakyat seluruh negara melibatkan Sarawak dan Sabah merupakan satu saranan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia agar semua pihak berkerjakwras membantu rakyat yang majoriti terkesan dengan pandemik Covid 19 tanpa mengira bangsa, ugama, darjat apa tak lagi pilih kasih.
Seratus hari merupakan titik permulaan Perdana Menteri baharu menggesa semua petugas kerajaan agar lebih mengutamakan usaha membantu segenap lapisan rakyat yang terkesan kepada serangan pandemik Covid 19 sehingga kehilangan sumber pendapatan melibatkan golongan berpendapatan rendah.
Seratus hari yang diumumkan oleh Perdana Menteri juga perlu dijayakan setiap kakitangan kerajaan sehingga ke akar umbi termasuklah semua pemimpin parti politik sama ada mewakili kerajaan mahupun pihak pembangkang agar sama sama memantau ketulusan daya usaha memberi bantuan keatas seluruh rakyat yang terkesan dengan situasi serangan pandemik Covid 19 masa kini.
Slogan 100 hari yang disuarakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia juga bukan sekadar satu kata kata biasa malah wajib dilaksanakan penuh keikhlasan seluruh pekerja kerajaan termasuklah para pemimpin parti politik agar tidak ada satu pun rakyat keciciran dalam agihan segala bantuan kerajaan yang dilaporkan kerap berlaku sebelum ini oleh rakyat luar bandar.
Menurut rakyat jelata yang ditemui, 100 hari yang diungkapkan Perdana Menteri dianggarkan 3 bulan 10 hari sahaja bagi melihat keberkesanan perkhidmatan semua pihak yang diamanahkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggembeling tenaga bersama berbakti untuk masyarakat dan negara khususnya agar mampu membebaskan belenggu serangan Covid 19 dan kehidupan seluruh rakyat terbela.
Rakyat jelata juga perlu sama sama melihat keberkesanan petugas kerajaan diperingkat bawahan sejauh manakah ketulusan mereka berkhidmat kepada rakyat dalam tanggungjawab mereka dalam masa 100 hari ini demi kejayaan hakiki dasar yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke 9 yang mampu duduk semeja dengan tiga tokoh pemimpin parti pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR, YB Mohammad Sabu Presiden Amanah, YB. Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP dipejabat beliau baru baru ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan