Selasa, 31 Ogos 2021

COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Tidak banyak pandangan masyarakat dunia berhubung kait serangan pandemik Covid 19 melainkan sekadar berlumba lumba memaksa masyarakat mendapatkan vaksin 2 Dos dan 1 Dos sahaja walaupun kelihatan tidak ada petanda penyakit Covid 19 lenyap dimuka bumi ini. 

Malah tidak ada satu negara pun berusaha mencari langkah bagi mencipta sejenis ubat bagi memusnahkan virus Covid 19 agar tidak lagi ada virus menjangkiti mahupun membunuh manusia yang tidak berdosa dimuka bumi ini. 

Hari ini Dunia merekodkan lebih 4.52 juta orang terbunuh akibat serangan virus Covid 19 manakala jangkitan sejak tahun 2019 melebihi 217.86 juta orang.  

Amerika Syarikat terus merekodkan kematian Covid 19 lebih  656.358 orang manakala jangkitan lebih 39.94 Juta orang.  

India terus merekodkan kematian serangan Covid 19 lebih 438,592 orang dengan jangkitan melebihi 32.76 juta orang bagi kawasan negara maju.

Negara membangun Indonesia juga mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 132,491 orang manakala jangkitan seluruh negara tersebut lebih 4,079,267 juta orang.

Dalam konteks ini masyarakat perlu sedar bahawa mencegah Covid 19 lebih baik menjarakkan diri sekurang kurang nya 5 kaki antara satu sama lain manakala pelitup muka wajib diguna-pakai dengan menutup lengkap hidung dan mulut demi mengelak Covid 19 setiap masa. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan