Selasa, 10 Ogos 2021

COVID 19 BILA BERAKHIR ? 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dalam menempuh tahun 2021 tidak seorang pun mampu meramal bila Covid 19 mampu berakhir diseluruh dunia walau pun vaksin hampir ditempah setiap negara sehingga ke hari ini.

Antara negara termaju yang masih tidak mampu mengawal jangkitan dan kematian serangan Covid 19 sehingga hari ini ialah Amerika Syarikat yang telah melebihi 600,000 kes kematian walaupun  penduduk negara ini hampir semua mendapat vaksin. 

Sesetengah masyarakat tempatan mendakwa  Covid 19 mampu dijauhi jangkitan jika manusia sentiasa berjaga dengan patuh menjarakkan diri 4 kaki antara satu sama lain serta tidak sebarang menyentuh ditempat awam tanpa alat penyembur virus serta menggunakan pencuci tangan yang membunuh kuman.

Penjagaan kendiri dengan bantuan penguatkuasaan undang undang bagi kawalan ketat pasukan keselamatan setiap jam  juga mampu mengawal jangkitan dan kematian serangan Covid 19. 

Kegagalan kawalan kendiri dan kurangnya pengawalan pasukan keselamatan setiap jam menyebabkan Covid 19 terus menyerang dan membunuh setiap hari walaupun masyarakat telah menerima vaksin penuh  dipelusuk negara ini masih juga mati dengan Covid 19 terang penduduk tempatan.

Sehubungan dengan pendedahan ini negara negara membangun perlu sedar dengan apa yang berlaku di negara ini wajar dijadikan iktibar agar mengutamakan  kawalan kendiri setiap detik disamping pasukan keselamatan menggandakan usaha memantau semua orang tidak melanggar SOP  walaupun genap 2 dos terima vaksin yang disyaratkan pemerintah negara masing masing. 








Nota. Dilarang  membuat ulasan berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan