Ahad, 22 Ogos 2021

PENULARAN MENGELIRUKAN 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Kuala Lumpur. Belum pun sempat duduk Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9 dipejabatnya kabenit kerajaan persekutuan sudah ditular dalam laman sesawang tanpa pengumuman rasmi Perdana Menteri berhubung kesahihan gambar yang tersebar berkenaan. 

Gerakan penyebaran ini sangat mengelirukan masyarakat seluruh negara apa tak lagi Sabah amnya sudah pasti pihak berkuasa mampu memantau penularan tersebut. 

Sehingga berita ini ditulis belum ada  sebarang pengumuman kabenit kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Perdana Menteri ke 9 namun sudah banyak penyebaran dibuat golongan tertentu dengan menamakan individu tertentu dalam kabenit baru kerajaan pimpinan Perdana Menteri ke 9 semata mata mengelirukan orang ramai. 

Semua rakyat dalam negara perlu berhati hati jika menerima kabenit bayangan agar tidak mempercayainya jika bukan pengumuman dari suara  Perdana Menteri sendiri dalam masa terdekat ini demi memelihara perpaduan  dikalangan rakyat berbeza sokongan parti politik terutama Sarawak dan Sabah.

Kebebasan penyiaran dilaman sesawang bukan bermakna semua individu yang gemar menulis boleh sesuka hati menyebarkan senarai nama kabenit Tampok kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke 9  tanpa pengisytiharan perdana menteri sendiri menurut golongan aktivis politik veteran dalam negara ini yang dihubungi hari ini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan