Ahad, 8 Ogos 2021

ANCAMAN COVID 19 DIMANA SILAPNYA? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini penularan COVID 19  amat tinggi sekali diseluruh negara bukan sahaja dalam aspek jangkitan malah amat menakutkan ialah kematian mencecah 360 orang dalam sehari. 

Ramai masyarakat yang mempersoalkan mengapa ianya terjadi semakin banyak divaksin semakin banyak kematian dan jangkitan berbanding pada tahun 2019 dahulu pada peringkat awal Covid 19 dikesan di Wuhan Cina hanya sedikit bilangan dikesan jangkitan dan kematian berbanding pada masa kini ujar mereka. 

Menurut suara aktivis masyarakat sejak PEVAKSINAN BESAR BESARAN dibuat orang ramai yang telah divaksinkan tidak lagi mematuhi SOP PENJARAKAN, MEMAKAI PELITUP MUKA SANGKUT DIDAGU,SEDIKIT DIMULUT hidung terbuka luas dikhalayak ramai ujar mereka. 

Kebanyakan kejadian ini berlaku dikhalayak ramai tanpa sebarang pemantauan dibeberapa negeri sehinggakan peningkatan kes berlaku diluar jangkaan setiap hari ujar mereka penuh kesal. 

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan Malaysia mahupun Kerajaan disetiap negeri harus memperketatkan rondaan pemantauan dalam bandar, pekan, perumahan dan perkampungan kelompok ramai agar  masyarakat takut melanggar SOP penjarakan diri serta patuh menutup mulut dan hidung dengan sempurna tegas penduduk seluruh negara. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan